Pergi ke kandungan

Wikikamus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Wiktionary)
Wikikamus
Logo Wikikamus Bahasa Melayu, menampilkan aksara berbeza
Logo Wikikamus Bahasa Melayu
Tangkap layar
Laman Utama Wikikamus Bahasa Inggeris pada 4 Disember 2024
Maklumat umum
URLwiktionary.org
Eponimwiki (mul) Terjemah dan kamus Sunting nilai ini di Wikidata
JenisKamus dalam talian
Tersedia dalamNekabahasa (174 aktif)[1]
Ditubuhkan12 Disember 2002 Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
PengasasJimmy Wales, Larry Sanger, Yayasan Wikimedia dan Daniel Alston (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Kandungan dan sokongan
KeluaranKamus dalam talian, kamus etimologi, kamus nekabahasa, kamus tatabahasa, kamus ejaan, kamus penerangan dan tesaurus perkamusan Sunting nilai ini di Wikidata
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Dilancarkan pada12 Disember 2002; 23 tahun yang lalu (2002-12-12)
Status terkiniAktif
LesenAtribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons Sunting nilai ini di Wikidata
Enjin perisianMediaWiki (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa474
523
494 (28 November 2017)
502 (7 September 2018) Sunting nilai ini di Wikidata
Lokasi
Negara asalAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lain
X: HeWikt Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikikamus (Jawi: ويکيقاموس, bahasa Inggeris: Wiktionary) ialah sebuah projek nekabahasa berasaskan web untuk mencipta sebuah perkamusan kandungan bebas (termasuk perkataan, frasa, peribahasa, rekonstruksi linguistik, dsb.) dalam sebilangan besar bahasa sejadi dan sebilangan bahasa buatan. Semua masukan tersebut boleh mengandungi definisi, imej untuk penggambaran, sebutan, etimologi, tasrif, contoh penggunaan, petikan, istilah berkaitan, dan penterjemahan istilah ke bahasa-bahasa lain, dalam tampilan lain. Ia disunting secara penyuntingan bersama oleh para sukarelawan melalui sebuah wiki. Namanya ialah lakuran perkataan wiki dan kamus. Ia tersedia dalam 198 bahasa dan dalam bahasa Inggeris Mudah. Sepertimana projek kembarnya Wikipedia, Wikikamus digerakkan oleh Yayasan Wikimedia. Perisian wikinya, MediaWiki, membenarkan hampir semua mempunyai capaian kepada laman web tersebut untuk mencipta dan menyunting masukan.

Disebabkan Wikikamus tidak terhad dengan pertimbangan ruang cetak, kebanyakan edisi bahasa Wikikamus menyediakan definisi dan penterjemahan istilah daripada banyak bahasa, dan sebahagian edisi menawarkan maklumat tambahan yang biasanya ditemui tesaurus.

Data Wikikamus kerap digunakan dalam pelbagai tugasan pemprosesan bahasa tabii.

Edisi berbilang bahasa

[sunting | sunting sumber]

Setakat Disember 2025, tapak Wikikamus wujud dalam 198 bahasa dengan 174 daripada edisi bahasa tersebut adalah aktif dan 24 daripada edisi bahasa tersebut telahpun ditutup.[1] Tapak aktif mempunya sejumlah 47,019,850 laman rencana, dan laman yang telah ditutup pula mempunyai sebanyak 339 laman rencana.[2] Sebanyak 7,722,780 pengguna telah berdaftar dengan 10,873 dalam kalangan pengguna tersebut aktif dalam masa terdekat.[2]

Sepuluh projek Wikikamus edisi bahasa yang tertinggi dari segi jumlah rencana ruang utama adalah seperti berikut:[2]

Bhs. Wiki Kdgn. Jmlh. Suntingan Penyelia Pengguna Aktif Fail
1 Inggeris en 8,655,942 10,514,337 88,835,984 77 4,354,926 5,168 18
2 Perancis fr 6,833,419 7,691,910 39,161,476 33 399,898 1,022 6
3 Malagasy mg 5,812,023 5,936,725 36,737,002 2 15,186 65 3
4 Cina zh 2,259,570 3,041,766 9,586,176 9 130,235 148 1
5 Thai th 2,168,881 2,287,880 5,644,685 4 18,313 52 0
6 Greek el 1,569,873 1,630,861 7,284,693 11 68,763 160 23
7 Rusia ru 1,456,598 3,013,390 13,948,630 15 337,108 414 196
8 Jerman de 1,223,410 1,414,225 10,501,867 12 252,611 319 93
9 Kurdish ku 1,004,989 1,102,102 6,128,657 7 14,298 75 1
10 Belanda nl 1,002,868 1,290,700 5,425,298 7 65,614 115 7

Untuk senarai penuh dengan jumlah data tertentu sila lihat Statistik Wikimedia:[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ a b Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Dicapai pada Disember 2025 daripada Data:Wikipedia statistics/meta.tab
  2. ^ a b c Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo. Dicapai pada Disember 2025 daripada Data:Wikipedia statistics/data.tab
  3. ^ "Wiktionary Statistics". Meta.Wikimedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada September 2, 2020. Dicapai pada 11 September 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]