Parti Demokratik Progresif
Progressive Democratic Party Parti Demokratik Progresif  砂拉越进步民主党  | |
|---|---|
| Nama Malay | Parti Demokratik Progresif | 
| Singkatan | PDP | 
| Presiden | Dato' Seri Tiong King Sing | 
| Setiausaha am | Dato Anyi Ngau | 
| Timbalan Presiden | Datuk Henry Harry Jinep | 
| Youth Leader | David Yeo | 
| Women Leader | Agnes Jonep | 
| Pengasas | Datuk Peter Nyarok Entrie | 
| Diasaskan | 2002[1] | 
| Pecahan | 
  | 
| Ibu pejabat | Lot 158, 159 & 160, Seksyen 20, KTLD 9F/9G/9H, Jalan Badruddin, 93400 Kuching, Sarawak | 
| Akhbar | • Suara Sarawak  • Utusan Borneo • The Borneo Post • TVS • Berita RTM • Media Prima Berhad (TV3 & 8TV) • Media GPS (Tiktok rasmi GPS)  | 
| Sayap belia/pemuda | Pergerakan Pemuda PDP | 
| Sayap wanita | Pergerakan Wanita PDP | 
| Keanggotaan | 148,770 (Oktober 2025) | 
| Ideologi | |
| Kedudukan politik | |
| Hubungan kebangsaan | • Barisan Nasional (2002–2018) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Kerajaan Perpaduan Malaysia (2022–kini) (rakan gabungan)  | 
| Warna | Blue, yellow | 
| Pautan lain | |
| Dewan Negara: | 1 / 70  | 
| Dewan Rakyat: | 2 / 222  | 
| Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 7 / 82  | 
| Simbol pilihan raya | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Demokratik Progresif atau Progressive Democratic Party (PDP), merupakan sebuah parti politik tempatan yang ditubuhkan serta didaftarkan secara rasmi pada 9 November 2002, dan parti ini juga merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Ini disebabkan oleh wujudnya perbalahan antara pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang melibatkan pihak pembangkang sehingga mengakibatkan ramai ahli SNAP bertindak keluar parti, dan bersepakat menubuhkan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang diterajui oleh presiden parti ketika itu, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom. Dan parti politik ini aktif berkhidmat sehingga kini.
Sejarah penubuhan
Pada pertengahan tahun 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sekali lagi mengalami krisis dalaman parti berkenaan, apabila pemangku presiden SNAP waktu itu, Datuk Amar James Wong Kim Min, bertindak memecat bendaharinya yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April 2002 atas sebab tindakan disiplin sekaligus mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti yang mengakibatkan perpecahan antara dua puak. Satu puak diterajui oleh pemangku presiden James Wong dan timbalan presiden SNAP ketika itu, Peter Tinggom. Manakala satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom.
Krisis perpecahan yang berlaku ini telah mengakibatkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang juga merupakan parti tertua negeri Sarawak selama 41 tahun, secara rasminya dibatalkan pendaftarannya pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak lagi diisytiharkan sebagai parti politik yang sah dan diwartakan sebagai pertubuhan politik yang tidak berdaftar.
Susulan pembatalan pendaftaran baharu parti SNAP, bekas naib presiden parti berkenaan, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom akhirnya bersetuju untuk menubuhkan sebuah parti politik tempatan baharunya iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak atau dikenali sebagai Progressive Democratic Party (PDP), yang merupakan parti serpihan baharu daripada parti lamanya, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). PDP telahpun didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 November 2002, iaitu 4 hari kemudian selepas ROS bertindak membatalkan pendaftaran SNAP. [2][3]
Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kini diterajui oleh presiden baharu yang juga merupakan bekas bendahari SNAP dan ahli parlimen Bintulu, Dato' Sri Tiong King Sing. Pada pilihan raya umum negeri Sarawak tahun lalu (PRU DUN Sarawak 2021), PDP berjaya memperoleh lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Jumlah keahlian dalam Parti Demokratik Progresif (PDP) kini mencecah sebanyak 148,770 ahli, setakat Oktober 2025. Ini sekaligus menjadikan PDP sebagai parti politik tempatan Sarawak yang kedua terbesar selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).
Sejarah pilihan raya
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, PDP berjaya memperoleh 3 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Manakala melalui pilihan raya umum Malaysia 2013, PDP berjaya memperoleh 2 kerusi di peringkat parlimen.
Pada pilihan raya umum DUN Sarawak 2021, PDP mencatatkan kemenangan mutlak dengan memperoleh 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Organisasi kepimpinan Parti Demokratik Progresif (PDP)
| Jawatan | Nama | Nota | 
|---|---|---|
| Presiden | Dato' Seri Tiong King Sing | MENTERI (PERSUKUTUAN) / AHLI PARLIMEN / ADUN | 
| Timbalan Presiden | Dato' Henry Harry Jinep | T. MENTERI (NEGERI) / ADUN | 
| Naib Presiden Kanan | Dato' Sri Wong Soon Koh | ADUN | 
| Datuk Dr. Penguang anak Manggil | T. MENTERI (NEGERI) / ADUN | |
| Dato' Rolland Duat Jubin | ADUN | |
| Naib Presiden | Alexander Asing Sadai | |
| Friday Belik | ADUN | |
| Roland Ting Hua Sing | ||
| Dr. Johnical Rayong Ngipa | ADUN | |
| Baru Bian | ADUN | |
| Setiausaha Agung | Dato Anyi Ngau | AHLI PARLIMEN | 
| Timbalan Setiausaha Agung | ||
| Bendahari Agung | ||
| Timbalan Bendahari Agung | ||
| Ketua Penerangan Parti | ||
| Ketua Pemuda PDP | David Yeo Ang Lim | |
| Timbalan Ketua Pemuda | ||
| Ketua Wanita PDP | Agnes Jonep | |
| Timbalan Ketua Wanita | ||
| Ahli Jawatankuasa Pusat | ||
Senarai perwakilan PDP
Dewan Negara
| Lantikan | Tempoh | Ahli | Catatan | 
|---|---|---|---|
| 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 | Pele Peter Tinggom, YB Tuan | 
Dewan Rakyat
| Negeri | Bil. | Parlimen | Penyandang | Catatan | ||
|---|---|---|---|---|---|---|
| P217 | Bintulu | Tiong King Sing, YB Dato' Seri | Menteri Pelancongan Malaysia | |||
| P220 | Baram | Anyi Ngau, YB Dato | - | |||
| Jumlah | Sarawak (2) | |||||
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak
| No. | DUN | Penyandang | Catatan | 
|---|---|---|---|
| N2 | Tasik Biru | YB Datuk Henry @ Harry Anak Jinep | Timbalan Menteri Pengangkutan II | 
| N33 | Engkilili | YB Dr. Johnical Rayong Ngipa | Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB | 
| N39 | Krian | YB Friday Belik | - | 
| N48 | Meluan | YB Dato Rolland Duat Jubin | - | 
| N52 | Dudong | YB Dato' Seri Tiong King Sing | Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia | 
| N53 | Bawang Assan | YB Dato' Sri Wong Soon Koh | Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB | 
| N76 | Marudi | YB Datuk Penguang Manggil | Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak | 
| N81 | Ba'kelalan | YB Encik Baru Bian | Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB | 
Penyerapan Parti Sarawak Bersatu ke Dalam Parti Demokratik Progresif
Parti Sarawak Bersatu (PSB) ditubuhkan pada 17 Ogos 2014 merupakan parti serpihan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang diketuai oleh mantan Menteri Kewangan 2 Sarawak, Wong Soon Koh. Walau bagaimanapun, PSB kekal sebagai rakan strategik Barisan Nasional dan diberikan enam kerusi pada Pilihan raya negeri Sarawak 2016 dan kesemua calonnya bertanding sebagai ahli langsung BN.
Statistik keahlian
Jumlah keahlian PDP mengikut kawasan DUN Sarawak
| Kawasan DUN | Jumlah keahlian | Nota / Catatan | 
|---|---|---|
| N01 Opar | 713 | |
| N02 Tasik Biru | 10,792 | |
| N04 Pantai Damai | 150 | |
| N05 Demak Laut | 84 | |
| N09 Padungan | 580 | |
| N11 Batu Lintang | 3,106 | |
| N12 Kota Sentosa | 811 | |
| N14 Batu Kawah | 9,975 | |
| N19 Mambong | 258 | |
| N20 Tarat | 1,104 | |
| N30 Balai Ringin | 1,700 | |
| N31 Bukit Begunan | 1,340 | |
| N33 Engkilili | 12,876 | |
| N34 Batang Ai | 840 | |
| N38 Kalaka | 121 | |
| N39 Krian | 11,394 | |
| N45 Repok | 7,886 | |
| N46 Meradong | 3,142 | |
| N47 Pakan | 1,205 | |
| N48 Meluan | 13,306 | |
| N52 Dudong | 32,348 | |
| N53 Bawang Assan | 10,684 | |
| N65 Belaga | 1,928 | |
| N73 Piasau | 810 | |
| N75 Senadin | 427 | |
| N76 Marudi | 9,401 | |
| N77 Telang Usan | 3,213 | |
| N81 Ba'kelalan | 8,576 | |
| Jumlah keseluruhan | 148,770 | 
Lihat juga
- Senarai parti politik Malaysia
 - Politik Malaysia
 - Pakatan Harapan
 - Gabungan Parti Sarawak
 - Gagasan Rakyat Sarawak (GAGASAN)
 - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
 - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
 - Parti Rakyat Sarawak (PRS)
 
Pautan luar
- Laman Facebook SPDP
 - The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
 - The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
 - The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
 - The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
 
Rujukan
- ^ "Parti Demokratik Progresif - Barisan Nasional". Barisan Nasional. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2017. Dicapai pada 12 June 2018.
 - ^ Sarawak’s Snap deregistered by ROS, 5 Nov 2002, Malaysiakini
 - ^ SNAP to Seek Judicial Review of Deregistration, 26 Nov 2002, New Straits Times
 


