Pergi ke kandungan

1982

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1982. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1982 (nombor).

1982 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat. Ia berlangsung dari 5 Rabiulawal 1402 hingga 15 Rabiulawal 1403.

Peristiwa

[sunting | sunting sumber]
  • 5 Februari: Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad merasmikan Seminar Perlaksanaan Projek-Projek Pembangunan RISDA bertempat di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Bangunan RISDA, Kuala Lumpur. Seminar ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai RISDA dan pemaju-pemaju masyarakat RISDA.

Tarikh tepat tidak pasti

[sunting | sunting sumber]

Cakera padat, sebuah cakera optik yang digunakan untuk menyimpan data digital, dibangun bersama-sama oleh Sony dan Philips.

  • DASH, singkatan untuk "Kepala Pegun Audio Digital" dalam bahasa Inggeris, suatu format pita audio digital kili-ke-kili, diperkenalkan oleh Sony untuk perakaman studio dan penciptaan salinan asal berbilang runut yang bermutu tinggi sebagai satu alternatif kepada kaedah-kaedah perakaman analog.
  • Mikropemproses yang terdiri daripada bas 16 digit dengan kelajuan 8 Mhz dicipta oleh IBM.
  • Para pengilang komputer berasaskan Intel 8080/Zilog Z80 yang menjalankan CP/M memutuskan untuk menggunakan piawai Bas S-100.
  • Commodore 64 dikeluarkan oleh Commodore International dan menjadi satu-satunya komputer meja yang terlaris di seluruh dunia, dengan jualan sebanyak 30 juta unit.
  • Januari: Mesiniaga, sebuah syarikat Malaysia yang berasal daripada IBM, dibentuk.
  • "Elk Cloner", virus komputer yang pertama di 'hutan belantara', ditulis oleh Richard Skrenta dan menjangkiti mesin-mesin Apple II.
  • Istilah "virus komputer" muncul dalam buku komik, Uncanny X-Men #158, yang ditulis oleh Chris Claremont.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]